PurebySO - PurebySafiyyahOsman: PurebySO
Showing posts with label PurebySO. Show all posts
Showing posts with label PurebySO. Show all posts

Wednesday, May 31, 2017

Purebysafiyyahosman Product Rebrand??

Untuk yang COP produk Purebysafiyyahosman ni kata produk timbang kilo/ produk siam... uolls SALAH.
.
Purebysafiyyahosman langsung tak ada produk yng berasaskan krim-krim dan langsung tidak ada tekstur melekit, tengit dan 100% tiada kandungan merkuri, alkohol, hydroquinone & bahan kimia merbahaya yang lain.

Hampir semua produk Purebysafiyyahosman adalah dari :-

Minyak tumbuhan yang tak mengandungi lemak haiwan/minyak haiwan.

Juga menggunakan Pati minyak (EO) untuk bau yang menyenangkan.
Dan juga menggunakan minyak kelapa, shea butter organic/non organic, castor oil, madu, susu kambing, rolled oat organic, gula tebu organic,himalayan salt, detox salt, rosehip seed oil/rosehip oil & etc (boleh check di IG untuk setiap bahan yang digunakan pada setiap produk).

Semua produk Purebysafiyyahosman juga tak memudaratkan kalau termakan atau terjilat.

Boleh tengok warna-warna bahan yang dah siap diadun untuk setiap produk.


Pengawet pun guna pengawet gred makanan & minyak vitamin E. formula tiap produk semuanya adalah mild & extra mild.

Bila pakai produk Purebysafiyyahosman, anda xakan dapat result seawal 1minggu mahupun seawal 1bulan.

Product Purebysafiyyahosman take time. Tapi insyallah, kulit kita akan jadi sihat & glowing. 😊
Jangan ragu-ragu. Saya bukan kejar duit semata-mata tanpa memikirkan orang lain. Saya cuma nak bantu orang yang ingin dibantu sahaja.
Saya tak nak dipertanggungjawabkan atas kerosakkan organ dan kulit yang Allah cipta. Saya takut.
Oleh sebab itu, saya buat produk yang selamat. Walaupun lambat kesan dia pada kulit manusia, dan memerlukan manusia yang rajin & konsisten saja, tapi saya steady. Sebab bukan duit yang saya kejar.
Niat pertama saya masa saya buat Purebysafiyyahosman ni, saya nak orang yang berpendapatan sederhana & rendah pun dapat nikmati kulit yang sihat dan cantik tanpa perlu memudaratkan diri dengan produk-produk dari siam/timbang kilo.
Siapa kata produk yang natural & organik ni hanya pada orang yang berpendapatan tinggi?. Harga yang ditawarkan oleh Purebysafiyyaosman berpatutan.
Wanita atau lelaki yang nak kulit cantik, sihat dan pada masa yang sama nak organ dia dan seluruh tubuh badan dia sihat, boleh cuba produkPurebysafiyyahosman.
.
.
Homemade & handcrafted.
Purebysafiyyahosman.

Founder Purebysafiyyahosman
Safiyyah Osman.







Saturday, May 7, 2016

Product PurebySO dan Eczema


Sorang lagi anak-anak eczema yang alhamdulillah sembuh kulitnya dengan menggunakan soap sens.dry yang  kali ni anak ni pakai sekali dengan face lotion.

.
Alhamdulillah. Purebysafiyyahosman tak dapat nak legakan eczema anda anda dalam sekelip mata,kalau anda nak result yang sekelip mata,memang xboleh.
.
Tapi insyallah soap sens.dry purebysafiyyahosman akan slowly sembuhkan kulit anak anda anda.
.
Kenapa produk purebysafiyyahosman lambat berkesan??
.
SEBABNYA, product Purebysafiyyahosman tak ada sebarang bahan kimia. Memang lambat dan lembab berikan kesan. Tapi insyallah kulit y sakit akan bertambah sihat walaupun perlahan.
.
Fyi juga,soap serta face lotion yang saya buat ni sangat-sangat lembut & mudah cair. Kerana kami xmasukkan sebarang bahan kimia yang di panggil anti gumpalan.
.
Sangat lembut pada kulit bayi,kanak2 dan orang dewasa.


A.L.Y.A 
+6019-325.0207
FB: www.facebook.com/kekwacolors
IG: www.instagram.com/kekwa_colors2/ - @kekwa_colors2 
Email: kekwacolors@gmail.com 
Shopee: http://bit.ly/23rmlWX

Monday, April 18, 2016

[STICKY POST] 10% off For Returning Customer :)

Berita baik untuk pelanggan Kekwa Colors. Dapatkan discount 10% dengan setiap pembelian. Macam mana nak dapat kan discount sebanyak 10% ini? Mudah sahaja!.
.
1. Pembelian pertama- snap gambar product
2. Muat naik di IG/ Fb dan tag @KekwaColors2.
3. Pembelian seterusnya automatik 10! OFF. Senangkan.
.
**sila maklumkan kan ig/fb kepada kami untuk tujuan pengesahan.
.
-kekwa colors team-


A.L.Y.A 
+6019-325.0207
FB: 
https://www.facebook.com/purebySOPutrajaya
IG: www.instagram.com/kekwa_colors2/ - @kekwa_colors2 
Email: kekwacolors@gmail.com 
Shopee: http://bit.ly/23rmlWX



Sunday, April 17, 2016

Pengguna purebySafiyyahOsman


Ni customer purebysafiyyahosman. Customer ni guna semua produk purebysafiyyahosman. Alhamdulillah.

.
Produk purebysafiyyahosman xdpt nk cerahkan kulit muka anda jadi mcm kulit adira af dlm masa 7hari.
.
100% memang produk purebysafiyyahosman xkan dapat cerahkan kulit dari tona semulajadi kulit jadi tona kulit putih bak salju sebab produk purebysafiyyahosman xda bahan kimia mcm hydroquinone(agent pencerah & pegelupasan) dan xda merkuri.
.
Produk purebysafiyyahosman hanya dapat sekatakan tona kulit anda dan sehatkan kulit anda.
.
Ni gambar customer yang dh guna 2bulan produk purebysafiyyahosman secara konsisten.
.
Nampak tak tona kulit dia sekata?..nampak glowing dan sehat kan?!. Dekat hidung pun nampak licin ja xda blackhead & whitehead. Alhamdulillah.
.
Untuk pengetahuan anda,produk purebysafiyyahosman selamat jika termakan. Tambah2 face mask,lip scrub & lipbalm hahahaha.. Sedap ok! 
😁😁

.
Jaga lah kulit anda dengan cara yang selamat.
.
Insyallah lagi berbaloi-baloi. 

A.L.Y.A 
+6019-325.0207
FB: www.facebook.com/kekwacolors
IG: www.instagram.com/kekwa_colors2/ - @kekwa_colors2 
Email: kekwacolors@gmail.com 
Shopee: http://bit.ly/23rmlWX
😉

Sunday, April 10, 2016

The Founder Story - Safiyyah Osman

Tahun lepas sebuah syarikat penerbangan tempatan berdepan situasi sukar sehingga perlu memberhentikan 6,000 pekerjanya dari pelbagai sektor. Ini bermakna beribu buah keluarga hilang punca pendapatan termasuklah sebuah keluarga mekanik pesawat di mana hanya dia seorang sahaja bergaji tetap.
Dia diberhentikan kerja pada 31 Ogos 2015, tiada lagi jawatan mekanik pesawat. Bagaimana nak tanggung keluarga? Bagaimana nak bayar hutang-hutang? Lalu terbit idea, dia mahu buat bisnes tapi modal yang ada waktu itu sangat kecil.
Isterinya tampil beri nasihat dan tegas menyatakan jangan buat bisnes yang memerlukan modal besar. Mulakan dengan apa yang kita ada sahaja. Lama-kelamaan dia boleh menerima nasihat isterinya itu. Dan mereka mula lakukannya bersama-sama.
Ikuti temubual saya bersama isteri lelaki ini untuk mengetahui bagaimana mereka bangkit semula selepas suami hilang mata pencarian.
Mereka adalah pengasas dan pengusaha produk kosmetik organik jenama Purebysafiyyahosman, Nur Safiyyah bt Osman, 27 dan Mohd Noradli bin Mohamad Yusop, 31.

Pengalaman Bisnes Si Suri Rumah

Isteri yang tidak betah duduk sahaja di rumah sambil menanti suami balik dari kerja, Safiyyah Osman melakukan bisnes secara kecil-kecilan dari rumah menerusi medan internet.
“Sebelum saya buat bisnes Purebysafiyyahosman ini, saya suri rumah sepenuh masa. Saya berkahwin semasa di semester 5 ketika belajar di kolej dulu. Setelah tamat diploma, saya memang jadi suri rumah sepenuh masa.
Selepas itu, saya mula berniaga online secara kecil-kecilan dari hujung tahun 2011 hinggalah pada awal tahun 2015. Saya telah jual semula bisnes yang saya usahakan itu kepada orang lain.
Kemudian, selepas 3-4 bulan, saya berniaga online semula dengan menjadi agen dropship untuk menjual kuah kacang dan menjual detox tea dari UK,” terang Safiyyah Osman atau lebih mesra dipanggil Piyah atau Piya.
Setelah tahu suami diberhentikan kerja, Piya tidak menunggu masa yang lama untuk mulakan hidup baru bersama suami, Piya serius mahu buat produk sendiri dan memulakannya pada pertengahan September 2015.

Jual Bisnes Dan Urus Hutang-Piutang

Piya pernah menjual bisnesnya dengan harga RM7,000 kerana ada masalah kewangan. Bisnes itu melibatkan pre-order barang bayi dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.
Kemudian, Piya mula berbisnes kembali dengan menjual kuah kacang dan detox tea. Dengan duit simpanan dari hasil jualan produk-produk tersebut sebanyak RM2,500 dan dicampur pula dengan duit baki pampasan suami sebanyak RM3,500, mereka memulakan bisnes Purebysafiyyahosman.

Modal Itu Adalah Duit Terakhir Mereka

RM6,000 adalah umpama peluru terakhir pasangan ini untuk survive. Apakah yang mendorong Piyah mahu membina bisnes berkaitan kosmetik homemade ini?
“Saya dari umur 15 tahun memang dah biasa guna body scrub dan face mask yang saya buat sendiri. Lepas fikir banyak kali, saya rasa why not saya cuba buat produk sendiri dan pasarkan.
Saya google tempat yang ada ajar kita cara untuk buat produk homemade sendiri. Dan saya hadiri kelas untuk belajar tentang ini dari seorang perempuan cina. Dari dialah saya banyak belajar pasal jenis minyak dan bahan organik dan semulajadi yang lain,” jelas Piyah.

Mula Dulu Baru Tahu

Bukan mudah untuk menyakinkan suami, perlu banyak sabar dan tidak putus asa. Satu sifat lelaki, mereka suka lihat benda yang jelas depan mata. Maka, isteri perlu membuktikan kepada suami bahawa idea dan rancangannya boleh direalisasikan.
“Bulan pertama saya buat seorang saja dan memang secara kecil-kecilan. Sekali buat siap lebih kurang 10 bekas. Masuk bulan kedua barulah suami rasa confidentnak join dan letak modal. Dan kami terus gamble cari stokist.
Saya cuma pegang 1 perkataan iaitu ‘START’. Yang selebihnya saya lebih kepada berserah diri pada Allah. Apabila dah ‘START’, saya akan all out mencuba dan berusaha. Andai kata tak jadi, saya akan ‘START’ semula.
Sebab sebelum saya mula dengan produk homemade sendiri ini, bermacam-macam bisnes online saya cuba. Tapi sebab tak ada minat dan tak all out, semua tak jadi. Jadi, saya ‘START’ dengan sesuatu yang saya minat dan suka,” tambah Piyah lagi.

Pemasaran Purebysafiyyahosman

“Saya pasarkan melalui Facebook, Instagram dan blog saya. Kemudian baru saya beranikan diri menghantar email kepada pihak wartawan surat khabar dan televisyen.
Saya bertanya kepada mereka sama ada berminat atau tidak untuk keluarkan cerita berkenaan produk homemade saya ini. Dan saya bayar juga blogger untuk war-warkan produk saya.
Masa baru mula, saya jual dekat kawan-kawan terdekat melalui offline dan online. Selepas itu saya letak produk-produk di vendor butik. Kemudian, saya buka peluang kepada orang ramai untuk jadi stokis.
Pada permulaan, hanya 7 orang yang berminat untuk jadi stokist Purenysafiyyahosman. Makin hari ke hari makin meningkat bilangannya, dari 7 jadi 15, dan sekarang kami sudah ada 40 orang stokist di seluruh Malaysia dan Riau, Indonesia. Bilangan pelanggan pun turut meningkat juga,” cerita Piya tentang cara pemasarannya.

Kehidupan Selepas Menghidupkan Bisnes

Menurut Piya, pendapatan keluarganya kini melebihi pendapatan semasa suaminya bekerja sebagai mekanik pesawat. Dengan kerjasama yang baik bersama stokis, Purebysafiyyahosman menerima pesanan pelanggan setiap hari.
Piya dan suaminya memang tidak menyangka bisnes mereka akan sampai ke tahap ini dalam tempoh kurang dari setahun. Tambahan lagi, mereka memulakan bisnes dengan modal yang kecil sahaja.
“Masa memang tak sempat untuk buat semua benda, terutama kerja rumah yang hanya boleh diselesaikan pada hujung minggu sahaja. Sebab Sabtu dan Ahad memang diperuntukkan sebagai hari cuti untuk diri sendiri.
Macam untuk buat produk, selang 2 hari akan buat body scrub, eye serum dan foot soak, 2 minggu sekali pula akan buat 2 jenis soap dan lipbalm, 1 bulan sekali akan bancuh lipscrub dan toner setiap seminggu sekali dibancuh.
Jadi, memang macam lipas kudung sikit. Tapi sekarang, Piya ambil pekerja separuh masa, keadaan pun lebih baik dari sebelum ini. Bancuh siap produk, pekerja akan masukkan ke dalam bekas. Lain-lain kerja memang bahagi dua dengan husband,” jelas Piya.
Piya akan menulis invois untuk stokis dan pelanggan, memeriksa aliran duit keluar dan masuk ke bank, menjawab soalan-soalan stokis dan pelanggan, menyusun produk ikut pesanan, cari bahan untuk buat produk sedia ada dan akan datang serta pemasaran.
Suami Piya pula mengendalikan pembungkusan produk untuk stokis dan pelanggan, buat akaun, ambil tahu tentang keuntungan dan kos, memeriksa produk apa yang perlu dibancuh semula, dan rekabentuk label produk.
Disebabkan permintaan produk yang tinggi, mereka terpaksa menyewa rumah teres lain untuk memproses 14 jenis produk kosmetik ini.

Perancangan Masa Depan

Berdasarkan pengalaman bekerja sebagai beautician ketika berusia 18 tahun, Piya merancang untuk membuka spa mini dengan menawarkan penggunaan produk semulajadi dan organik. Piya juga ada asas mengurut dan membuat facial muka.
“Piya just buat saja apa yang terlintas. Lepas ‘Start’ baru akan ada plan untukmaintain dan manage apa yang Piya buat tu bagi lancar dan berjalan dengan baik.
Macam kalau duduk saja-saja terpikir, “OK aku boleh buat mini spa”, jadi Piya akan plan barang apa yang nak dibeli dan terus ON bisnes. Lepas itu plan servis apa nk buat, apa yang perlu ada semua. Sebab semua benda kita perlu ‘START’ dulu. Lepas tu plan untuk long term bagi bertahan. Begitu lah cara saya.” – Piya
Piya bersikap begitu kerana dia tidak mahu kita hanya berangan-angan tanpa mencuba memulakannya dulu. Sekarang Piya sedang mengusahakan trademarkPurebysafiyyahosman.
“Trademark ini penting untuk kita secure kan nama produk/nama jenama dari dicuri/diciplak. Saya jadikan peristiwa pelukis Ujang, yang hasil kerja dia diciplak dan di trademark oleh orang lain sebagai pengajaran. Dia dari ada segalanya, terus jadi zero,” ujar Piya.

Nasihat Piya Buat Mereka Yang Kehilangan Kerja

Piya: “Hidup harus diteruskan. Apa saja yang anda fikir untuk dibuat, MULAKAN! Jangan takut. Masa tak tunggu kita.
Mulakan apa yang anda fikir. Mulakan dengan apa yang anda ada. Mulakan dengan ketakutan. Mulakan dengan suara dan tangan yang terketar-ketar. Justmulakan. Jangan stop.
Dalam setiap profit yang kita dapat, jangan kedekut untuk tolong mak ayah, adik-beradik dan kawan-kawan yang pernah susah senang dengan kita. Dan sentiasa lah tunduk ke bawah (merendah diri).
Dan suami yang nak berjaya kena dengar pendapat isteri, walaupun 10% sahaja. Sebab isteri ini boleh fikir benda rumit yang suami tak terfikir. Ini semua sebab perempuan kan suka fikir benda yang rumit-rumit.
Piya alhamdulillah sekarang boleh dah rasa selesa dari dulu berbanding masa waktu suami bekerja makan gaji. Suami pun lebih happy dan tak stress dah.”
Piya adalah anak ketiga daripada 7 adik-beradik kepada pasangan guru dan penjaga pelajar tahfiz yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. Walaupun memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Kulim, Piya tidak bekerja di dalam bidang tersebut selepas berkahwin dengan suaminya.

Sumber: http://www.thevocket.com/bisnes-pendapatan-lumayan-purebysafiyyahosman/

Thursday, April 7, 2016

PurebySO - Natural Product dengan Harga yang Sanggat Berbaloi

Jual murah orang pertikai betul ke guna bahan organik & natural..... Macam tipu ja..N still minta diskaun bila nak beli produk purebysafiyyahosman.

Boleh ja nak jual mahal,ambil untung berganda-ganda. Zapzupzap 6bulan terus jadi jutawan.
😁😁😁
------------
Xkan nak cerita berapa i ambil untung kan.
Apa yang i boleh cakap,produk purebysafiyyahosman memang melebihi 75% kandungan bahan organik(imported dari UK & ada dari Malaysia) dan menggunakan bahan natural(imported dari UK & ada dari Malaysia). Tak dak guna pengawet kimia,pewarna dan pewangi tiruan jauh sekali..
Bukan buatan KILANG & bukan REBRANDING PRODUCT.
Produk pure tahan dalam 3bulan-6bulan hingga ke 12bulan sahaja,depends pada cara jaga produk bila produk dah dibuka.
100% vege. Halal boleh bawa solat. 100% kosher. Tiada alkohol.

Lipscrub/cheek n lip tint/face mask 100% edible. Jika termakan memang sedap. 
😂
Lain-lain produk macam body scrub/face wash/face lotion/under eye serum/foot soak pun edible tapi rasa memang kaw2 pelik la. So xdisyorkan utk dijilat dan dimakan.
----------
Masa mula plan nak buat produk sendiri,memang dah target sasaran customer. I memang nak target customer dikalangan student,orang berpendapatan rendah & sederhana.
Sebab,semua orang sebenarnya mampu untuk pakai produk yang organik,natural & selamat.

Premium quality at affordable prices. Every product is created in small batches and handcrafted in Sungai Petani,My.





A.L.Y.A 
+6019-325.0207
IG: www.instagram.com/kekwa_colors2/ - @kekwa_colors2 
Email: kekwacolors@gmail.com 

Jom berkenalan dengan PurebySafiyyahOsman



Purebysafiyyahosman diasaskan oleh @safiyyahosmann ,anak kelahiran Sungai PetaniKedah.Dan dibantu sepenuhnya oleh suami beliau,Adli Yusop,anak kelahiran Parit Buntar,Perak.
.
Bermula secara kecil-kecilan pada September 2015, sebelum membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi stokist. 2016,Purebysafiyyahosman yang diasaskan oleh Safiyyah Osman mempunyai 39orang stokist diseluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak & termasuk Riau Indonesia.
.

Dibuat sepenuhnya secara homemade & 100% buatan tangan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.Semua bahan yang digunakan adalah natural,100% vegan dan organik serta tiada pewangi tiruan,tiada pewarna tiruan dan tiada paraben serta SLS. Premium kualiti pada harga yang berpatutan.

.

Di Purebysafiyyahosman,kami percaya dengan menjual produk yang bebas dari bahan kimia akan membuatkan orang ramai dapat jalani hidup dengan gembira dan lebih yakin tanpa perlu risau lagi!

.
Oleh itu kami sedaya upaya membuat produk penjagaan diri menggunakan bahan natural dan organik dengan harga yang berpatutan.





A.L.Y.A 
+6019-325.0207
IG: www.instagram.com/kekwa_colors2/ - @kekwa_colors2 
Email: kekwacolors@gmail.com 

PurebySafiyyahOsman, product berasaskan Natural & Organic

Lepas ni dah tak payah makeup tebal!.Kulit dah flawless dari sebelum ni! Yaaahhhhhoooooooo! Yang penting bebas dari MERKURI dan agent pengelupasan kulit!
Harga yang mampu milik dan yang paling penting 100 organik dan natural tanpa bahan kimia. Premium quality at affordable prices.
Purebysafiyyahosman cover semua bahagian badan!
produk untuk penjagaan seluruh badan ada! produk penjagaan bibir ada! produk penjagaan kulit muka ada!
Tanpa bahan kimia tau! Tanpa pengawet! Tanpa merkuri!
Anda ada masalah seperti dibawah??? OMG kesiannya!
> Kulit Banyak jeragat dan bertompok-tompok.
> Kulit rosak sebab guna produk pengelupasan!
> Kulit gelap dan kusam sebab salah guna produk.
> Parut jerawat makin hitam dan tak hilang.
> Kulit kusam dan kering.
> Tona kulit tak sekata.
> Blackhead dan whitehead mencacak dekat hidung.
Kulit anda dalam kategori seperti dibawah :
> Jerawat batu dan bernanah.
> Kulit terlampau berminyak dan berparut.
> Kulit kering dan dan sunburn.
> Kulit berjeragat dan kusam.
> Kulit mengelupas dan rosak.
Purebysafiyyahosman adalah produk yang lain dari yang lain. Dibuat sendiri secara kecil-kecilan dan dalam small batch. Handcrafted & homemade!
RAW MATERIAL yang digunakan di import dari UK!Tiada sebarang bahan kimia digunakan! Boleh pakai bila solat! Tiada campuran alkohol! Premium quality mixture!


RAMAI TELAH MENCUBA DAN BERPUAS HATI! ANDA JANGAN BUANG MASA LAGI! SEKARANG PELUANG ANDA UNTUK MENCUBA PRODUK TANPA BAHAN KIMIA DAN TANPA PENGAWET!

PUREBYSAFIYYAHOSMAN telah memasuki pasaran INDONESIA! Dan telah mempunyai 36 stokist diseluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak dan Labuan! #MApurebysafiyyahosman
------------------------------------


Info tentang produk Purebysafiyyahosman :
1. Premium quality dengan harga berpatutan.
2. 100% Organik & natural!
3. Buatan bumiputra.
4. Handcrafted & homemade.
5. Boleh bawa solat.
6. Tiada sebarang bahan kimia dan pengawet.
7. Tidak mengandungi alkohol.
8. Premium quality Mixture.
9. Tekstur yang sangat ringan.
10. Tidak melekit dan tidak berminyak.
11. Merawat masalah kulit seperti :

> Jerawat batu dan bernanah.
> Kulit terlampau berminyak dan berparut.
> Kulit kering dan dan sunburn.
> Kulit berjeragat dan kusam.
> Kulit mengelupas dan rosak.
> Kulit Banyak jeragat dan bertompok-tompok.
> Kulit rosak sebab guna produk pengelupasan!
> Kulit gelap dan kusam sebab salah guna produk.
> Parut jerawat makin hitam dan tak hilang.
> Kulit kusam dan kering.
> Tona kulit tak sekata.
> Blackhead dan whitehead mencacak dekat hidung.
> Purebysafiyyahosman merawat masalah kulit! Merawat ok! Merawat! Merawat masalah kulit tanpa bantuan bahan kimia seperti merkuri dan agent pengelupasan!!
> Mencerahkan kulit dengan cara yang lebih selamat!


A.L.Y.A 
+6019-325.0207
IG: www.instagram.com/kekwa_colors2/ - @kekwa_colors2 
Email: kekwacolors@gmail.com 

Rutin Safiyyah Osman (the Founder)

Rutin saya.
.
Saya ada masalah kulit kering & jeragat. Jerawat cuma naik bila nak period sahaja.
.

  1. Setiap hari saya akan cuci muka dengan sens.dr-y soap.
  2. Kemudian, saya akan spray mist toner pada tapak tangan dan ratakan pada seluruh muka. Anda boleh juga spray toner direct pada muka atau guna cotton ball. Biarkan mist toner meresap pada kulit dalam 2-3minit.
  3. Pakai 1picit face lotion. Ratakan ke seluruh muka. Macam saya dalam 1minit pertama muka akan rasa macam berpeluh,lepas tu baru rasa steady sbb kulit dah serap face lotion.
  4. Heroin face mask saya biasa pakai setiap 2minggu sekali.
  5. Eye serum saya guna setiap hari bila dekat-dekat nak tidur. Bangun esok pagi mata xrasa letih.
  6. Utk lipcare saya guna lipscrub tiap 2minggu 1x,lipbalm guna setiap hari sebelum tidur dan setiap kali nak keluar & lepas makan.

.
P/s : face lotion & mist toner kena goncang dulu sebelum guna. Dan guna sedikit sahaja(ikut direction pada botol). ‪#‎PbySOtestimoni‬
.
Premium quality at affordable prices. Every product is created in small batches and handcrafted in Sungai Petani,My.





A.L.Y.A 
+6019-325.0207
FB: www.facebook.com/kekwacolors
IG: www.instagram.com/kekwa_colors2/ - @kekwa_colors2 
Email: kekwacolors@gmail.com 
Shopee: http://bit.ly/23rmlWX