PurebySO - PurebySafiyyahOsman: Sweet Almond Oil: Mengurangkan Garis Halus dan Tanda-tanda Penuaan

Thursday, April 7, 2016

Sweet Almond Oil: Mengurangkan Garis Halus dan Tanda-tanda Penuaan

Oxidative stress  adalah salah satu sebab utama kemerosotan lapisan kolagen. Kolagen sanggat penting bagi mengekalkan kulit yang licin, tegang dan lembut. Kolagen bertindak sebagai pemegang kulit supaya kelihatan sempurna.

Kolagen dapat dihasilkan secara semulajadi oleh badan namun, faktor usia menyebabkan badan kurang menghasilkan kolagen yang membantu menjadikan kulit licin lembut dan sempurna menyebabkan garis halus mula muncul terutamanya dibahagian bawah mata. 
Proses ini tidak dapat dielakkan kerana proses penuaan adalah secara semulajadi, namun faktor penuaan semulajadi menjadi semakin cepat atau dipanggil penuaan pra-matang disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, asap rokok dan dehidrasi.  Dengan langkah perlindungan yang betul dan penjagaan kulit, proses penuaan boleh diperlahankan.

Bagaimana Almond oil dapat membantu melambatkan proses penuaan?

Almond oil mengandungi Vitamin E, yang merupakan salah satu antioksidan yang terbaik.. Vitamin E dapat membantu membaiki beberapa kerosakan yang berlaku pada lapisan kolagen. Almond oil kaya dengan protein, yang menyumbangkan asid amino yang diperlukan oleh kulit untuk pembentukan kolagen. Perisian luar minyak boleh mengelakkan dehidrasi dengan mengurangkan kehilangan lembapan daripada kulit. Ini dapat mengembalikan keremajaan kulit :)

.A.L.Y.A 
+6019-325.0207
FB: 
https://www.facebook.com/purebySOPutrajaya
IG: www.instagram.com/kekwa_colors2/ - @kekwa_colors2 
Email: kekwacolors@gmail.com 
Shopee: http://bit.ly/23rmlWX

No comments:

Post a Comment